Friday, March 13, 2009

aku cintakan mu di atas kelebihan dan kekuranganmu....

assalamualaikum w.b.t...ini ada satu kisah tentang kehidupan,cerita yang mungkin berlaku kepada kita...seorang lelaki telah berkahwin dengan pilihan hatinya..majlis pernikahan mereka berlangsung dengan penuh meriah... kaum keluarga,sahabat-handai dan kawan2 hadir bagi memeriahkan dan turut berkongsi menikmati hari yang berbahagia itu...pendek kata majlis itu bolehlah dikatakan sebagai majlis yang luar biasa dan sungguh meriah..pengantin perempuan begitu cantik dan anggun mengenakan gaun putihnya.manakala pengantin lelaki pula dengan tuxedo hitam menyerlahkan lagi kegagahan dan ketampanan beliau...setiap pasang mata yang memandang pasti bersetuju mengatakan bahawa mereka sungguh2 saling menyintai dan sepadan..beberapa bulan kemudian si isteri berkata kepada suaminya,"bang,saya baru membaca sebuah artikel dalam sebuah majalah tentang bagaimana mengeratkan perhubungan dalam perkahwinan..dalam masa yang sama si isteri menunjukkn majalah yang dimaksudkannya...kemudian dia menerangkan lagi kepada suaminya, "masing2 di antara kita akan mencatatkan hal2 yang kurang kita sukai dari pasangan kita.lepas itu,kita akan membincangkan bagaimana untuk mengubah hal2 tersebut agar perkahwinan kita kekal bahagia.."suaminya setuju dan mereka mula memikirkan hal2 yang tidak mereka sukai yang ada pada pasangan dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangan mencatat hal2 yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama..malam itu mereka bersepakat untuk berpisah tidut bt sementara dan mencatat apa yang terlintas di dalam benak masing2..esok pagi ketika bersarapan,merka telah bersedia untuk membincangkannya.."saya akan mulakn dulu ya,bang..."kata si isteri seperti tidak sabar2.kemudian dia pun mengeluarkanlah senarainya,banyak sekali yang ditulisnya,iaitu sekitar tiga helai kertas A4..ketika dia mula membacakan satu persatu hal yang tidak disukai mengenai suaminya,dia memerhatikan bahawa air mata suaminya mula mengalir..."maaf,apakah abang mahu saya berhenti di sini saja?"tanyanya.."hmmm....tak apa, tak apa...teruskanlah..."jawab suaminya perlahan.lalu isteri terus membaca kan semuanya..setelah selesai,dia melipat senarai tersebut perlahan-lahan dan meletakkn atas meja..kemudian dia berkata dengan penuh puas dan bahagia.."sekarang giliran abg pula membacakan apa yang telah abg senaraikan"suaminya mengangkat mukanya perlahan-lahan memandang wajah isteri yang tercinta dan dgn nada suara yang perlahan serta lembut dia berkata,"abang tidak mencatat satu pun,kerana selama ini abang melihatmu sudah cukup sempurna dan abg tidak ingin mengubah apa yang ada pada diri awak.awak adalah awak yang abang sayangi...bagi abg awak cukup cantik dan baik..tiada satu pun daripada peribadi awak yang kurang...."serentak dengan itu si isteri tersentak.hatinya benar2 tersentuh dengan kenyataan dan ungkapan cinta serta tulus ikhlas suaminya...yang juga menggambarkan bahawa suaminya menerimanya apa yang ada pada dirinya..dia tertunduk dan menangis.............kesimpulannya....sebelum mencari kekurangan orng lain,crilah kekurangan diri sendiri...adakah kita sudah cukup SEMPURNA untuk dibndingkan dgn orang lain?jika jawapannya YA...bermakna kita BERBOHONG atau kita PERASAN.kerana tiada manusia yang SEMPURNA dan sentiasa ada yang perlu diperbaiki...Hakikatnya orang yang menyayangi kta tidak kira siapaun,sebenarnya adalah yang menyintai kita kerana kelebihan kita dan menerima kita kerana kelemahan kita...dan sudah pasti mereka ikhlas menyayangi kita....insyaAllah...waallahualam.....

0 comments: